Pilihan Raya Presiden AS: Biden mengundi awal
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan melaksanakan tanggungjawab mengundi awal pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Rumah Putih.
Presiden yang akan tamat penggal pentadbirannya itu akan mengundi di Wilmington, Delaware.
Pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada 5 November itu akan menyaksikan persaingan sengit antara calon Parti Republikan dan bekas Presiden, Donald Trump serta calon Parti Demokrat dan Naib Presiden, Kamala Harris.
Menurut beberapa tinjauan, Trump dan Harris bersaing rapat sejak beberapa minggu lalu. Tinjauan terakhir CNN yang dikeluarkan minggu lepas menunjukkan kedua-duanya terikat pada 47 peratus.
Kawalan 34 kerusi Senat juga akan ditentukan dalam pilihan raya ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!