Pastikan tiada kaum terpinggir di Kedah - Sanusi

Muhammad Sanusi (tengah) menyerahkan mock cheque kepada salah seorang wakil pada Majlis Penyerahan Sumbangan Peruntukan SJKT dan Sumbangan dan Hamper sempena Sambutan Deepavali di Wisma Darul Aman, di sini, pada Isnin.
Muhammad Sanusi (tengah) menyerahkan mock cheque kepada salah seorang wakil pada Majlis Penyerahan Sumbangan Peruntukan SJKT dan Sumbangan dan Hamper sempena Sambutan Deepavali di Wisma Darul Aman, di sini, pada Isnin.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan terus memastikan tiada kaum yang terpinggir dari menikmati kemudahan dan bantuan di Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, mana-mana kaum yang berasa terpinggir boleh datang berjumpa dan memaklumkan kepada dirinya.

Beliau berkata, pihaknya akan sedaya upaya untuk memastikan semua kaum mendapat perhatian dan bantuan sama rata di negeri ini.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan untuk sembilan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tamil (SJKT) untuk menerima RM5,000 setiap sekolah,manakala tiga lagi SJKT menerima RM10,000 setiap sekolah.

"Kita juga menyampaikan 1,000 hamper kepada 1,000 penerima yang akan menyambut Deepavali tahun ini. Nilainya tidak begitu besar tetapi sebagai tanda ingatan kerajaan negeri kepada masyarakat India mendiami tanah bertuah ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Peruntukan SJKT dan Sumbangan dan Hamper sempena Sambutan Deepavali di Wisma Darul Aman pada Isnin.

Beliau berkata, semua penerima dipilih daripada kalangan warga termiskin disenaraikan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) di kawasan majoriti keturunan India dan penyerahan hamper akan diuruskan PKWR berkenaan.

Tambah Muhammad Sanusi, kerajaan negeri juga menyampaikan sumbangan hamper melalui beberapa pertubuhan bukan kerajaan terpilih seperti Hindu Sangam dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan lain.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Sanusi (tengah) bergambar bersama wakil sekolah menerima sumbangan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Peruntukan SJKT dan Sumbangan dan Hamper sempena Sambutan Deepavali di Wisma Darul Aman, di sini, pada Isnin.
Muhammad Sanusi (tengah) bergambar bersama wakil sekolah menerima sumbangan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Peruntukan SJKT dan Sumbangan dan Hamper sempena Sambutan Deepavali di Wisma Darul Aman, di sini, pada Isnin.

Beliau turut memaklumkan, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan sama banyak untuk kaum-kaum di Kedah.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi memberitahu, pihaknya berkemungkinan akan menambah lagi peruntukan berkaitan pada tahun akan datang.

"Saya pun sedaya upaya cuba untuk memenuhi tuntutan daripada semua pihak dan Insya-ALLAH, tidak ada pihak yang akan rasa terpinggir di negeri ini.

"Jikalau ada pihak yang rasa terpinggir, tolong beritahu saya,boleh maklum wakil rakyat semua dan boleh terus jumpa saya,"katanya.

Beliau berharap, kerajaan negeri yang dipilih rakyat Kedah akan terus mentadbir negeri ini seadil-adilnya.

"Siapa yang berhak, menerima haknya, (manakala) siapa yang tidak berhak, tidak menerima haknya. Siapa patut memberi, dia memberi (dan) siapa patut menerima, dia menerima.

" Itulah dasar pentadbiran yang menjadi asas di Kedah,"katanya.

Tambahnya, tidak ada dalam kalangan masyarakat India di Kedah yang berasa terkilan dan akan terus memberi sokongan kepada pentadbirannya sekali gus membolehkan kerajaan negeri bertindak lebih baik pada masa akan datang.

Sementara itu, Exco Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam dan NGO, Wong Chia Zhen berkata, kerajaan negeri sentiasa memastikan kesejahteraan dan kebajikan semua kaum di Kedah terutamanya masyarakat India.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan, sumbangan diberikan adalah bukti komitmen dari kerajaan negeri dalam memastikan sokongan penuh diberi kepada setiap komuniti,sekaligus ia selari dengan matlamat Kedah membina sebuah negeri yang sejahtera,harmoni dan inklusif.

Chia Zen menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Kedah atas keprihatinan beliau dalam menjaga kepentingan semua kaum tanpa mengira bangsa ataupun agama.

Katanya, langkah ini menunjukkan keazaman kerajaan negeri untuk memperkukuhkan keharmonian kaum dan memastikan semua rakyat Kedah boleh menikmati manfaat sewajarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!