Diana Danielle bakal fail cerai terhadap Farid Kamil

Pelakon Diana Danielle mengumumkan dia sudah mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Pelakon Diana Danielle mengumumkan dia sudah mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
A
A
A

PELAKON Diana Danielle mengumumkan dia sudah mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya iaitu aktor Farid Kamil.

Menerusi Instagram pada Isnin, Diana turut memberitahu dia juga akan memfailkan perceraian terhadap suaminya itu.

“Saya ambil keputusan untuk secara rasmi berpisah daripada suami saya dan akan memfailkan perceraian,” kongsinya di Instagram.

Pada perkongsian yang sama, Diana bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut mengenai keputusan yang telah dibuat.

Diana bagaimanapun berkata kembali rujuk bukan untuk semua orang dan meminta dirinya untuk dilepaskan.

“Tidak, saya tidak akan memberi penjelasan kenapa. Mungkin seperti biasa, dia akan. Dengan bunga dan cincin dan janji kosong. Have a nice life.

“Rujuk bukan untuk semua orang. Lepaskan saya. Terima kasih,” ujarnya.

Untuk rekod, Diana dan Farid pernah bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun kembali rujuk selepas sebulan berpisah. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!