Angka korban di Gaza meningkat kepada 43,020

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 43,020 orang telah terbunuh dan 101,110 cedera akibat serangan ketenteraan Israel sejak 7 Oktober 2023.
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 43,020 orang telah terbunuh dan 101,110 cedera akibat serangan ketenteraan Israel sejak 7 Oktober 2023.
A
A
A

GAZA - Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 43,020 orang telah terbunuh dan 101,110 cedera akibat serangan ketenteraan Israel sejak 7 Oktober 2023.

Dalam tempoh 48 jam yang lalu, 96 rakyat Palestin terkorban dan 277 lagi cedera. Dalam perkembangan terkini, serangan udara Israel di Beit Lahia telah mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang dan memusnahkan beberapa bangunan.

Hospital Kamal Adwan, salah satu daripada tiga hospital yang masih beroperasi di kawasan itu, telah diserang, menyebabkan beberapa mangsa terkorban selain peralatan dan bekalan perubatan musnah.

Antara yang terkorban dalam serangan itu termasuk anak lelaki pengarah hospital Dr Hossam Abu Safiya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza menyeru sesiapa yang mempunyai kemahiran pembedahan untuk membantu di Hospital Kamal Adwan bagi menyelamatkan seramai mungkin yang cedera dan sakit.

Setiausaha Agung PBB, António Guterres, mengulangi seruannya untuk gencatan senjata dan pembebasan tebusan.

Beliau menegaskan bahawa pengabaian terang-terangan terhadap kemanusiaan asas dan undang-undang perang mesti dihentikan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!