Isu dipecat menteri: Jemaah pengarah Nafas sedia jawab dakwaan

Fairuz
Fairuz
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang anggota jemaah pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang didakwa dipecat oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu akan mendedahkan perkara sebenar mengenai hal itu pada Selasa.

Fairuz Bandar berkata, beliau bakal menjawab segala dakwaan yang tular menerusi satu kenyataan media.

“Saya akan buat kenyataan media pada tengah hari esok (Selasa). Saya akan beri salinan,” katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan Ahli Parlimen Kota Raja itu telah memecat Fairuz dan hal berkenaan dimaklumkan kepada Pengurus Besar Nafas, Muhammad Faris Arriffin melalui surat bertarikh 23 Oktober.

@sinarharianonline

Isu dipecat menteri: Jemaah pengarah Nafas sedia jawab dakwaan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Nasional #MatSabu #Pecat #Nafas

News - AShamaluevMusic

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!