Pesta Guan Gong: Bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan

Bendera Vietnam turut dikibarkan pada Pesta Guan Gong di Johor. (Gambar kecil: Chee Yee)
Bendera Vietnam turut dikibarkan pada Pesta Guan Gong di Johor. (Gambar kecil: Chee Yee)
A
A
A

SHAH ALAM - Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di Johor turut disertai delegasi dari China, Vietnam, Thailand, Philippine, Hong Kong, Singapura dan Indonesia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee berkata, beliau merupakan salah seorang peserta yang menghadiri perarakan tersebut.

Menurutnya, pesta berkenaan merupakan acara antarabangsa dan ia disertai oleh ratusan delegasi dari luar negara.

“Dalam sesi perarakan di Johor ada delegasi dari China, Vietnam dan Thailand yang mengibarkan bendera masing-masing. Mungkin ada bendera lain, cuma saya tidak perasaan.

“Apa masalahnya kalau delegasi dari negara lain yang dijemput ke program kebudayaan ini mengibarkan bendera mereka?

“Dan kenapa bendera Vietnam dan Thailand tak jadi isu kepada mereka yang bangkitkan perkara ini?” soalnya.

Dalam acara itu, Chee Yee menjelaskan bahawa bendera Malaysia turut dikibarkan, namun tidak menyangka bilangannya bakal menjadi isu.

Artikel Berkaitan:

Ratusan delegasi dari seluruh negara menyertai sesi perarakan di Johor.
Ratusan delegasi dari seluruh negara menyertai sesi perarakan di Johor.

Sebelum ini tular satu rakaman memaparkan berlangsungnya satu perarakan dengan mengibarkan bendera China di Teluk Intan, Perak.

Ekoran itu, pihak polis memanggil penganjur untuk dirakam keterangan berhubung video berkenaan kerana ia didapati telah melanggar syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada masa sama, penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia tampil memohon maaf atas perkara yang berlaku.

Menurut Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua, tindakan itu dilakukan oleh peserta rombongan dari China yang menyertai perarakan sambutan berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!