PLKN 3.0 bukan saja-saja, cuma pulang jangan bawa jodoh pula

Mereka yang sempat menjalani siri pertama PLKN pada 2004 pasti tahu betapa program ini sangat bagus dalam meningkatkan semangat perpaduan dan cintakan negara. Gambar hiasan
Mereka yang sempat menjalani siri pertama PLKN pada 2004 pasti tahu betapa program ini sangat bagus dalam meningkatkan semangat perpaduan dan cintakan negara. Gambar hiasan
A
A
A

MERAK Jalanan dengar ramai anak muda sudah mula berdebar-debar, bimbang akan menjadi antara 500 orang yang terpilih sebagai peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bermula Januari tahun depan.

Apa yang membuatkan mereka seram sejuk, sudah tentu kerana program rintis itu bakal dilaksanakan di kem tentera, menggunakan modul latihan asas ketenteraan (30 peratus) yang dibangunkan Kementerian Pertahanan!

Anak-anak saudara Merak Jalanan yang berusia sekitar 16 hingga 30 tahun pun sudah mula risau apakah mereka mampu melalui latihan keras ala tentera selama tiga bulan lamanya?

Bagi Merak Jalanan, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana kerajaan pasti ada objektif yang bermanfaat bagi melahirkan semula PLKN 3.0 setelah ditangguhkan seketika sebagai langkah penjimatan Belanjawan 2015.

PLKN kemudiannya dimansuhkan terus pada 2018, yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mereka yang sempat menjalani siri pertama PLKN pada 2004 pasti tahu betapa program ini sangat bagus dalam meningkatkan semangat perpaduan dan cintakan negara.

Dalam situasi sekarang, apa yang Merak Jalanan perhatikan ramai antara kita mula mementingkan diri sendiri, tiada sifat hormat kepada bangsa dan agama lain selain kurang kecintaan terhadap tanah air.

Masanya telah tiba untuk membetulkan semula semua kekurangan ini melalui PLKN 3.0.

Artikel Berkaitan:

Memang sangat sesuailah ia disertai anak muda seawal usia 16 tahun agar semangat kenegaraan yang hilang dapat dipupuk dari awal.

Buat yang terpilih nanti, Merak Jalanan ucapkan selamat berkhidmat dan selamat maju jaya.

Ingat, PLKN 3.0 adalah tempat mencari, menggali dan menikmati pengalaman hidup, jadi kena fokus dengan setiap modul yang disediakan.

Jangan pula pelatih lain pulang bawa ilmu baharu, ada yang pulang bawa jodoh!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!