Kerajaan kaji semula takrifan T15 kerana RM13,000 terlalu rendah - PM

Anwar ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa. Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Anwar ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa. Foto Jabatan Penerangan Malaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengambil langkah mengkaji semula takrifan bagi T15 selepas berpandangan jumlah yang ditetapkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi golongan itu ketika ini iaitu kira-kira RM13,000 terlalu rendah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru beliau berkata, tidak timbul wujud kecelaruan takrifan yang dibangkitkan ahli Parlimen pembangkang.

Menurutnya, perkara itu sedang dibincangkan oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan jabatan berkaitan bagi meningkat kuantum T15 supaya tidak membebankan dan pendapatan seisi keluarga tidak terikat dengan takrifan sedia ada.

"Maknanya kita lepaskan tanggungjawab ini membayar kepada B40, M40 dan bila dikaji T20 ada rangkaian daripada T20 ini peringkat-peringkat bawah itu mungkin pendapatannya agak sedikit rendah, maka dinaikkan dan ini bukan perkara baru.

"Sebab dalam penyasaran subsidi diesel digunakan prinsip yang sama T15. Apa kuantumnya? itu sedang dikaji, kerana kita rasa yang ditekankan oleh DOSM sekitar RM13,000 mungkin terlalu rendah.

"Rencana sekarang yang dibincangkan oleh jabatan-jabatan berkaitan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi dan KPDN ialah untuk menaikkan sedikit, supaya tidak membebankan. Jadi pendapatan sesi keluarga itu tidak terikat dengan yang ada sekarang.

"Kita fikir nak naikkan RM15,000 ke RM20,000...itu sedang dibincangkan. Jadi tidak ada percanggahan sama sekali... ini dirujuk kepada kepada jemaah menteri," katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai definisi T15 dalam soal subsidi bersasar untuk petrol RON95 seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2025 dan mekanisme yang akan digunakan berkaitan pelaksanaan cukai dividen dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 bagi pemegang saham individu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!