Lelaki didakwa seks luar tabii, amang seksual anak teman wanita

Tertuduh (tengah) bertemu dengan peguam di luar mahkamah.
Tertuduh (tengah) bertemu dengan peguam di luar mahkamah.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap anak teman wanitanya Mei lalu.

Tertuduh, yang bekerja kilang bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa elakukan seks luar tabii terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun 10 bulan.

Tertuduh (kiri) hadir ke mahkamah bersama rakannya.
Tertuduh (kiri) hadir ke mahkamah bersama rakannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 21 Mei 2024, jam lebih kurang 5 petang di sebuah rumah di Seremban.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebatan.

Tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama bagi maksud seksual pada tarikh dan lokasi sama.

Artikel Berkaitan:

Kesalahan itu dituduh di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Jika disabit bersalah, boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dihukum sebatan.

Kes tersebut disebut semula pada Selasa selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi membuat pindaan terhadap kertas pertuduhan.

Tertuduh diwakili peguam, Joseph Mathews.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Disember depan bagi sebutan semula untuk serahan laporan Obstetrik dan Ginekologi (O&G).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!