Nurul Alya Farzana sudah ditemui
KLUANG - Pelajar Tingkatan Empat yang dilaporkan hilang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana di sini pada Ahad sudah ditemui dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Nurul Alya Farzana Zamri, 16, ditemui ibunya di sebuah restoran di Taman Sri Kluang di sini jam 10.30 malam pada Isnin.
"Berdasarkan siasatan, pelajar berkenaan keluar dari rumah kerana tidak berpuas hati.
"Dia juga berasa tertekan tinggal di rumah," katanya dalam kernyataan pada Selasa.
Sebelum itu, tular di media sosial mengenai hebahan mengesan Nur Alya Farzana dan ahli keluarga sudah membuat laporan di Balai Polis Kluang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!