Lepaskan kereta bukan sebab kompromi dengan kesalahan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan tindakan seorang wanita yang mengamuk ketika kereta miliknya ditarik oleh PBT mengundang pelbagai reaksi netizen.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan tindakan seorang wanita yang mengamuk ketika kereta miliknya ditarik oleh PBT mengundang pelbagai reaksi netizen.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melepaskan kenderaan milik seorang wanita yang ditunda di Bandar Baru Sungai Buloh Khamis lalu bukan atas dasar berkompromi dengan kesalahan wanita itu.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, sebaliknya tindakan itu bertujuan menghentikan kelakuan agresif pemilik kenderaan yang dikhuatiri akan menyebabkan orang awam menjadi mangsa.

Dalam insiden kira-kira jam 12 tengah hari yang turut tular di media sosial itu, wanita terbabit bertindak membaling kon dan mengasari anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas.

“Ia bukan satu kompromi tetapi bertujuan menghentikan sikap agresif yang mungkin akan menyebabkan orang lain menjadi mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Sze Han turut memuji anggota penguat kuasa yang bersikap tenang dan profesional menjalankan tugas walaupun dikasari.

Beliau berkata, MBSA telah melaporkan kejadian tersebut kepada polis untuk siasatan selain menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan.

“Bertindak kasar dan agresif ke atas penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas adalah tidak betul walaupun dalam apa jua keadaan pun,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, tindakan seorang wanita yang mengamuk ketika kereta miliknya ditarik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) mengundang pelbagai reaksi netizen.

Artikel Berkaitan:

Video yang dikongsi oleh @TurmalinFT melalui laman Twitter miliknya memaparkan seorang wanita bertindak agresif terhadap penjawat awam yang mahu menarik keretanya selepas didapati diparkir di kawasan tidak dibenarkan.

Wanita itu juga dilihat meludah seorang orang awam yang cuba menenangkannya dan turut bertindak membaling kon.

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis-terima-laporan-wanita-mengamuk-kereta-ditarik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!