Media digesa patuhi Akta 611 dalam pelaporan libat kanak-kanak

Dr Farah Nini menyampaikan ceramah berkenaan Melindungi Hak Kanak-kanak Untuk Pengamal Media di Malaysian Press Institute (MPI), pada Selasa. Foto Bernama
Dr Farah Nini menyampaikan ceramah berkenaan Melindungi Hak Kanak-kanak Untuk Pengamal Media di Malaysian Press Institute (MPI), pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

CYBERJAYA - Media digesa mematuhi Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dalam semua pelaporan dan penerbitan yang melibatkan kanak-kanak, kata Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Dr Farah Nini Dusuki.

Beliau berkata, menerusi Seksyen 15 Akta 611, laporan media melibatkan kanak-kanak tidak boleh mendedahkan antaranya gambar, alamat, institusi pendidikan atau butiran yang dikira boleh membawa pengenalan mereka.

Dr Farah Nini berkata, penalti terhadap perlanggaran Seksyen 15 (1) dan 15 (2) Akta 611 ialah denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kepada kedua-duanya.

"Pematuhan (media) amat rendah. Malah, bila saya google (ada) banyaklah contoh-contoh (pelaporan sensasi libat kanak-kanak).

"Kenapa anda nak gunakan perkataan seperti itu? (dalam laporan). Saya tahu ia untuk tingkatkan sensasi, tapi perlukah (ayat sensasi),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘melindungi hak kanak-kanak’ untuk pengamal media anjuran Malaysia Malaysian Press Institute (MPI) di sini pada Selasa.

Turut hadir Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Ainol Amriz Ismail.

Soo Heong hadir pada sesi ceramah Melindungi Hak Kanak-kanak Untuk Pengamal Media di MPI, pada Selasa. Foto Bernama
Soo Heong hadir pada sesi ceramah Melindungi Hak Kanak-kanak Untuk Pengamal Media di MPI, pada Selasa. Foto Bernama

Sementara itu, Soo Heong dalam ucapannya berkata, media perlu bertanggungjawab dan beretika ketika membuat pelaporan, supaya laporan diterbitkan tidak menjejaskan masa depan kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

"Jangan sangat ghairah mengejar byline.. stigma kekal bersama keluarga dan kanak-kanak selamanya... ia perlu anda ambil kira,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!