Warga emas meninggal jatuh tali air

Mazelan Ibrahim, 58, dipercayai lemas apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam tali air di Kampung Jenerih Bongkok, Pulai Chondong, awal pagi tadi. - Foto: Gambar ihsan penduduk
Mazelan Ibrahim, 58, dipercayai lemas apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam tali air di Kampung Jenerih Bongkok, Pulai Chondong, awal pagi tadi. - Foto: Gambar ihsan penduduk
A
A
A

MACHANG - Seorang warga emas meninggal dunia dipercayai lemas apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam tali air di Kampung Jenerih Bongkok, Pulai Chondong awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.45 pagi itu, Mazelan Ibrahim, 58, dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Kota Bharu.

Bagaimanapun, motosikal yang turut dibonceng anak lelakinya, Muhamad Izuan Mazelan, 24, tahun dipercayai gagal di kawal dan terjunam ke dalam tali air sedalam 1.52 meter.

Mangsa yang berasal dari Kampung Kuala Merabang, Pulai Chondong itu kemudiannya diangkat oleh anaknya dan dibawa ke Hospital Machang.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintenden Ganti Jimmy ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Selepas itu mayat di hantar ke Hospital Machang dan doktor mengesahkan kematian warga emas berkenaan akibat lemas.

"Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!