Polis tahan tiga warga China terlibat kes seluk saku di KLIA 1

Tiga lelaki warga China disyaki terlibat dalam kes seluk saku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1 ), ditahan pada Jumaat lepas. Gambar hiasan
Tiga lelaki warga China disyaki terlibat dalam kes seluk saku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1 ), ditahan pada Jumaat lepas. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiga lelaki warga China disyaki terlibat dalam kes seluk saku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1 ), ditahan pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at berkata, tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA dengan bantuan anggota keselamatan penerbangan (AVSEC) di ruang legar Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA T1.

"Ketiga-tiga suspek telah direman empat hari sejak 26 Oktober lepas,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga Jepun pada 22 Oktober lepas, mendakwa menjadi mangsa kejadian itu selepas menyedari zip bag sandangnya terbuka dan mendapati dompet dalam bag berkenaan hilang.

Azman berkata, pengadu menyedari kejadian itu ketika ingin membuat pembayaran di sebuah restoran di Petaling Jaya, Selangor pada 21 Oktober lepas.

"Pengadu juga telah menerima pemberitahuan melalui telefon bimbitnya bahawa terdapat tiga transaksi (menggunakan kad banknya) telah dibuat di suatu lokasi yang beliau tidak pasti.

"Pengadu bertindak menyekat semua kad bank miliknya apabila mendapati penggunaan kad banknya mencecah RM7,622,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan akan dirujuk ke Mahkamah Majistret Sepang untuk pertuduhan esok. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!