Isteri pertama atur perkahwinan buat suami kahwin lain

Wanita tersebut yang memakai jubah hitam turut memimpin tangan madunya yang memakai pakaian putih menuju ke majlis pernikahan.
Wanita tersebut yang memakai jubah hitam turut memimpin tangan madunya yang memakai pakaian putih menuju ke majlis pernikahan.
A
A
A

INDONESIA – Seorang isteri yang ceria dengan tindakan suaminya berpoligami dengan memimpin tangan suaminya menuju ke masjid untuk melaksanakan majlis akad nikah dengan wanita lain mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rakaman video itu dimuat naik oleh Neng Ros Sutriadi Ro melalui aplikasi media sosial, Tik Tok memaparkan tindakan isterinya itu membuktikan dirinya ikhlas membenarkan suaminya berkahwin lagi.

Apa yang menarik perhatian warga maya, wanita tersebut yang membantu menyiapkan kelengkapan perkahwinan suaminya itu turut memeluk erat suaminya sambil membetulkan bajunya, lapor Tribun News menurut sumber.

Menerusi video berkenaan, wanita tersebut yang memakai jubah hitam turut memimpin tangan madunya yang memakai pakaian berwarna putih menuju ke majlis pernikahan.

Bagaimanapun, suasana bertukar hiba apabila suami dan isteri keduanya memohon restu daripada kedua ibu bapa mereka sehingga dikatakan mencium kaki ibu kepada isteri pertama.

Dalam pada itu, isteri pertama tampil memberi kenyataan memberitahu bahawa dia yang telah mengaturkan perkahwinan kedua buat suaminya.

“Janganlah anda semua salah faham dengan tindakan suami saya kerana saya sendiri dari lamaran, belanja mas kahwin dan persiapan perkahwinan semua diuruskan oleh saya.

“Jangan benci suami saya, bencilah saya kerana dia tidak tahu apa-apa dan saya mencari (isteri) kedua untuknya kerana mempunyai alasan tertentu yang telah pun dibincangkan oleh saya dan suami. Saya aturkan perkahwinan ini bagi membantu suami saya dalam perjuangan agama,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, perkongsian video tersebut kini tular di media sosial dan rata-rata netizen memuji tindakan dilakukan wanita berkenaan yang mengizinkan suaminya memiliki isteri kedua.

“Kenapa aku melihat video ini aku rasa macam sakit hati. Walau apapun, semoga menjadi ratu bidadari di syurga ALLAH,” tulis @ayuwinebeer.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!