Nasi kandar rangkul emas Pertandingan Cef Kulinari 2020 di Dublin

Zainal (kanan) dan Siti Safura (tengah) merakamkan gambar kenangan selepas menerima pingat emas pada Pertandingan Cef Kulinari 2020 di Dublin, Ireland.
Zainal (kanan) dan Siti Safura (tengah) merakamkan gambar kenangan selepas menerima pingat emas pada Pertandingan Cef Kulinari 2020 di Dublin, Ireland.
A
A
A

DUBLIN - Seorang rakyat Malaysia sebelum ini telah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya merangkul pingat emas pada Pertandingan Cef Kulinari 2020 di Dublin, Ireland.

Kejayaan itu diraih Siti Safura Mohd Tawil, 28, menerusi sajiannya, Nasi Lemak Bunga Telang bagi pertandingan kelas masakan Asia-India.

Bagaimanapun, terdapat seorang lagi rakyat Malaysia yang turut memenangi pingat emas pada pertandingan yang sama menerusi hidangan nasi kandar.

Peserta tersebut, Cef Zainal Abidin Abdullah telah membuat menu masakan yang cukup terkenal di Pulau Pinang iaitu Nasi Kandar Kari Kambing.

Dalam pada itu, isteri kepada Zainal, Zafirah Zain telah berkongsi kegembiraan tersebut menerusi status di Facebooknya yang kini tular di media sosial.

Menerusi status tersebut, Zafirah memberitahu bahawa pertandingan tersebut bukan kali pertama disertai suaminya, malah pernah merangkul pingat perak dalam acara sama tahun lalu.

Zainal ketika membuat persiapan ketika bertanding.
Zainal ketika membuat persiapan ketika bertanding.

“Alhamdulillah, tahniah sayang. Pingat emas bagi masakan Asia-India tahun ini. Tahun lepas dapat pingat perak. Satu lagi peristiwa penting dicapai. Semua usaha dan kerja keras berbaloi,” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, rata-rata netizen berbangga dengan kemenangan Zainal yang telah pun mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Kemenangan ini membuktikan makanan di Malaysia merupakan makanan yang sedap dan kita telah memiliki seorang cef yang mampu merangkul pingat juara dalam pertandingan masakan yang disertai oleh cef di seluruh dunia,” tulis Amar Sharif di Facebook.

Dhia Razak pula memberitahu, “Tahinah Zainal atas kemenangan yang telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia. Macam tidak percaya nasi kandar mampu memenangi pertandingan antarabangsa itu."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!