Keletihan punca Kedah dibelasah

Penyerang Sabah FC, Miguel Angel (kanan) cuba melepasi pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC Jose Cleylton (kanan) pada saingan Liga Super di Stadium Likas hari ini. Foto Bernama
Penyerang Sabah FC, Miguel Angel (kanan) cuba melepasi pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC Jose Cleylton (kanan) pada saingan Liga Super di Stadium Likas hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PENGENDALI Kedah Darul aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui faktor keletihan pemain menjadi antara sebab utama pasukan itu dibelasah oleh Sabah 5-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas pada Selasa.

Menurutnya, pemain kurang fokus pada separuh masa kedua kerana keletihan menyaksikan mereka dibolosi tiga gol mudah.

"Mungkin keadaan pemain pada minit ke-70 mereka sudah keletihan tetapi kita mahu gol penyamaan dan terpaksa membuat tekanan tinggi kepada lawan di atas.

"Ia menyebabkan bahagian bawah agak terbuka dan disitu kita dibolosi dengan tiga gol yang mudah," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Dalam perlawanan itu, gol KDA FC dijaringkan Cleylton pada minit ke-45 dan Milos Gordic (m-63) manakala gol Sabah dijaringkan oleh Saddil Ramdani menerusi penalti (m-2) disusuli gol Joao Pedro Boeira Duarte (m-48 dan 68) selain S Kumaahran (m-84) dan Gary Steven Robbat (m-93)

Bagaimanapun, Nafuzi tidak mahu menyalahkan para pemainnya selain menyifatkan mereka telah menunjukkan komitmen tinggi dalam perlawanan tersebut.

"Terima kasih untuk pemain yang memberikan komitmen yang tinggi dan persembahan yang saya tidak boleh pertikaikan walaupun dari segi keputusan tidak seperti kita inginkan.

"Dari segi permainan, sedikit kelekaan di awal permainan memberikan penalti kepada lawan dan selepas itu pemain bangkit dan mempamerkan permainan tersusun selain mencipta beberapa peluang.

Artikel Berkaitan:

"Kalau kita tengok Sabah mempunyai kualiti dari segi kelajuan dan kekuatan dan kita tewas kerana elemen tersebut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!