1MDB: Najib diperintah bela diri empat kes salah guna kedudukan
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, atas empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan hampir RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.
Ketika membaca keputusan penghakimannya dalam bahasa Inggeris, Collin berkata, semua pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas Najib, 71, tidak cacat selain mahkamah mendapati saksi-saksi adalah relevan semasa memberi keterangan.
“Selepas membuat penilaian maksimum, saya dapati pihak pendakwaan telah membuktikan intipati bagi empat pertuduhan itu.
“Oleh itu, saya memerintahkan tertuduh untuk membela diri manakala baki 21 kes lagi akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Najib kemudiannya diberi tiga pilihan iaitu pertama, beliau boleh berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan; kedua, beliau boleh memberi kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.
Sementara pilihan terakhir, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.
Najib mengambil pilihan ketiga.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!