Puji usaha Karangkraf bangunkan industri buku

Shamsul Iskandar tidak melepaskan peluang membeli buku sempena karnival jualan gudang di Bangunan Karangkraf di sini.
Shamsul Iskandar tidak melepaskan peluang membeli buku sempena karnival jualan gudang di Bangunan Karangkraf di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memuji penganjuran Jualan Gudang Awal Tahun Karangkraf yang disifatkan sebagai inisiatif membangunkan industri buku.

Beliau berkata, usaha itu juga mampu memenuhi keperluan masyarakat untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti dengan menawarkan pelbagai genre bacaan.

Menurutnya, ia juga dilihat sebagai galakan dalam membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar dan remaja.

“Ia adalah inisiatif yang baik pada awal tahun. Jadi, kita perlu mengambil peluang membeli buku-buku yang bagus dengan harga yang berpatutan untuk dijadikan bekalan selama setahun.

“Jadikan ia sebagai permulaan untuk kita terus menelaah buku terbaharu yang dikeluarkan Karangkraf.

“Saya memandu sendiri menempuh trafik dari pejabat di Putrajaya. Ini adalah kali pertama saya datang ke jualan gudang Karangkraf dan memang banyak bahan bacaan berkualiti yang ditawarkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Orang ramai mengunjungi Karnival Jualan Gudang Awal Tahun bagi mendapatkan buku dengan tawaran harga yang istimewa.
Orang ramai mengunjungi Karnival Jualan Gudang Awal Tahun bagi mendapatkan buku dengan tawaran harga yang istimewa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!