Pertukaran MALBATT 850-11 di selatan Lubnan berperingkat - Khaled

Pasukan MALBATT 850-11 yang beroperasi di selatan Lubnan akan ditukarkan dengan MALBATT 850-12 secara berperingkat, pada November ini. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamed Khaled)
Pasukan MALBATT 850-11 yang beroperasi di selatan Lubnan akan ditukarkan dengan MALBATT 850-12 secara berperingkat, pada November ini. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamed Khaled)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan MALBATT 850-11 yang beroperasi di selatan Lubnan akan ditukarkan dengan MALBATT 850-12 secara berperingkat, pada November ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerima permakluman Force Commander (FC) Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) yang menetapkan tarikh pertukaran kesemua pasukan UNIFIL, termasuk pasukan MALBATT 850-11.

"Penghantaran pasukan MALBATT 850-12 secara berperingkat bermula 6 hingga 18 November ini.

"Penerimaan pasukan MALBATT 850-11 secara berperingkat pula bermula 7 hingga 19 November ini," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, pasukan MALBATT 850-12 akan meneruskan tugas dan tanggungjawab MALBATT 850-11 di bawah panji-panji dan mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagaimana protokol dan peraturan ditetapkan Pasukan UNIFIL.

"Kementerian Pertahanan mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada pasukan MALBATT 850-12," ujarnya.

Mohamed Khaled turut mengucapkan penghargaan terhadap pasukan MALBATT 850-11 yang sudah menggalas tugas dengan cemerlang sepanjang berada di kawasan tanggungjawab.

"Semoga pasukan MALBATT 850-12 dapat terus melaksanakan tugas dengan cemerlang sebagaimana pasukan MALBATT 850-11 sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Doa dan sokongan seluruh rakyat Malaysia mengiringi mereka dalam melaksanakan amanah diberikan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!