China berjaya lancar kapal angkasa lepas Shenzhou-19
Sepuluh minit selepas pelancaran, kapal Shenzhou-19 berpisah dengan roket dan memasuki orbit yang ditetapkan.
Sekarang, kru angkasawan berada dalam keadaan baik, kata Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).
Menurut rancangan, kapal Shenzhou-19 akan bercantum dengan kombinasi stesen angkasa lepas.
Selepas itu, kru Shenzhou-19 akan melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-18 di orbit.
Selain itu, angkasawan Shenzhou-19 akan menjalani aktiviti luar kenderaan (EVA) beberapa kali untuk melakukan eksperimen fizik asas grativiti mikro, sains bahan angkasa, sains hayat angkasa, perubatan angkasa, teknologi angkasa dan lain-lain. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!