Latihan REDEX uji kecekapan pasukan penyelamat

Ahmad Izram (kanan) memberikan arahan kepada pasukan PPDA yang terlibat dalam operasi memindahkan mangsa banjir pada latihan REDEX di Taman Rekreasi Kolam Sungai Pinji di Tanjung Rambutan pada Rabu.
Ahmad Izram (kanan) memberikan arahan kepada pasukan PPDA yang terlibat dalam operasi memindahkan mangsa banjir pada latihan REDEX di Taman Rekreasi Kolam Sungai Pinji di Tanjung Rambutan pada Rabu.
A
A
A

TAMBUN - Hujan lebat berterusan menyebabkan lebih 50 penduduk daripada tiga perkampungan di Tanjung Rambutan di sini, pada Rabu terperangkap dalam kejadian banjir.

Limpahan air daripada Empangan Sultan Azlan Shah, Hulu Kinta itu menyebabkan situasi banjir di Kampung Kolam, Kampung Masjid dan Tambun di sini semakin memburuk.

Pasukan penyelamat melaporkan, dalam kejadian sekitar jam 8.05 pagi itu, seorang penduduk dikhuatiri lemas dan seorang lagi mangsa memerlukan bantuan kecemasan akibat dipatuk ular.

Salah seorang mangsa yang terperangkap berjaya diselamatkan dalam latihan REDEX di Ipoh.
Salah seorang mangsa yang terperangkap berjaya diselamatkan dalam latihan REDEX di Ipoh.

Pasukan penyelamat turut bergelut menyelamat 10 mangsa lain yang terhidu bahan klorin di Loji Rawatan Air Sungai Kinta serta 10 lagi mangsa yang terkandas di Gunung Korbu di Hulu Kinta.

Operasi menyelamat kesemua mangsa digerakkan dengan kekuatan 214 anggota daripada pelbagai agensi diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kesihatan, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS).

Unit Udara JBPM turut terlibat memberi bantuan penerbangan Medevac bagi menbantu mangsa yang terperangkap dalam latihan REDEX di Ipoh.
Unit Udara JBPM turut terlibat memberi bantuan penerbangan Medevac bagi menbantu mangsa yang terperangkap dalam latihan REDEX di Ipoh.

Bagaimanapun, kejadian tersebut hanyalah simulasi Latihan Amal Bencana Kecemasan Luar Bandar (Rural Emergency Disaster Exercise - REDEX) Kinta Utara 2024.

Artikel Berkaitan:

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, latihan itu dijalankan dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan semua jabatan terlibat menghadapi bencana terutama musim Monsun Timur Laut.

Sayani
Sayani

"Terdapat tiga senario dicipta menerusi latihan itu dengan operasi digerakkan menggunakan jalan darat, air dan udara menerusi penerbangan Medevac (Medical Evacuation).

"Operasi di setiap situasi dilakukan dengan integrasi antara jabatan berdasarkan peruntukan di bawah arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) No 1 yang merupakan panduan utama dalam pengurusan bencana," katanya ketika ditemui di Taman Rekreasi Kolam Sungai Pinji di Tanjung Rambutan pada Rabu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman; Pengarah Bahagian Udara JBPM, Datuk Norazam Khamis dan Pegawai Daerah Kinta, Zulhisham Ahmad Shukori.

Ahmad Izram (tengah) diiringi Sayani (dua dari kanan) memantau perjalanan operasi dalam latihan REDEX di Ipoh.
Ahmad Izram (tengah) diiringi Sayani (dua dari kanan) memantau perjalanan operasi dalam latihan REDEX di Ipoh.

Sayani berkata, latihan itu turut melibatkan pasukan elit dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat), Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) serta Unit Udara Bomba itu dianggap berjaya.

"Operasi ini berjaya memantapkan kemahiran teknikal dan strategi pasukan penyelamat bagi insiden yang berskala besar serta melibatkan keanggotaan yang ramai.

"Kita berhasrat latihan berskala besar kerap dilakukan bagi mendedahkan pasukan penyelamat dan bantuan dari aspek logistik dan keperluan bagi insiden yang melebihi empat jam," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!