Deepavali: Aliran trafik semakin meningkat setakat 3 petang ini

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan semakin meningkat setakat jam 3 petang ini berikutan pertambahan kenderaan bersempena dengan cuti perayaan Deepavali yang akan disambut esok. Gambar hiasan
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan semakin meningkat setakat jam 3 petang ini berikutan pertambahan kenderaan bersempena dengan cuti perayaan Deepavali yang akan disambut esok. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan semakin meningkat setakat jam 3 petang ini berikutan pertambahan kenderaan bersempena dengan cuti perayaan Deepavali yang akan disambut esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.

Menurutnya, kenderaan bergerak perlahan menghala pantai timur iaitu dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah dan menuju ke pusat bandar pula trafik bertambah dari Plaza Tol Sungai Besi.

"Aliran trafik perlahan turut dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari Putra Height ke Seafield dan USJ ke Putrajaya.

"Selain itu, terdapat juga kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E1 arah Utara dari Tol Juru ke Seberang Jaya, ekoran kemalangan di KM138.7. Insiden telah selesai, namun trafik masih lagi perlahan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut memaklumkan dari Permatang Pauh ke Sungai Dua, trafik sudah mula perlahan, dan semakin bertambah dari Lembah Beringin ke Tanjung Malim.

"Di PLUS E2, trafik masih terkawal perlahan di beberapa lokasi antaranya dari Senai Utara ke Kulai dan dari Dato’ Onn ke Persimpangan Pasir Gudang,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, aliran trafik di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) arah Utara masih lagi perlahan dari Puchong Utama ke Puchong Intan, Plaza Tol PJS ke Jambatan Kabel, Kelana Jaya ke SS2 dan Plaza Tol Penchala ke Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Artikel Berkaitan:

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!