Remaja perempuan hilang selepas pergi kerja

Polis meminta bantuan orang ramai kesan Puteri Ellyana Natasha Abdullah.
Polis meminta bantuan orang ramai kesan Puteri Ellyana Natasha Abdullah.
A
A
A

TAMPIN - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pada 22 Oktober lepas kira-kira jam 2 petang, pengadu iaitu ayahnya telah menghantar Puteri Ellyana Natasha Abdullah ke tempat kerjanya di sebuah restoren makanan segera di Pekan Tampin.

"Bagaimanapun pada tarikh sama jam 11 malam semasa pengadu ingin menjemput anaknya pulang dari tempat kerja dapati anaknya tiada di lokasi.

"Pengadu telah pulang ke rumah dan mendapati anaknya itu masih belum pulang sebelum mengesyaki dia telah keluar dari rumah mengikut kenalannya ke Rawang, Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, pengadu telah membuat laporan polis mengenai kehilangan remaja itu di Balai Polis Rawang pada 23 Oktober lalu.

"Pada tarikh sama jam 10.17 malam pengadu maklumkan yang remaja itu telah dapat dihubungi dan berada di Pulau Pinang selain memberitahu akan kembali setelah mendapat ketenangan diri.

"Semalam pengadu memaklumkan kepada pegawai penyiasat bahawa anaknya itu masih belum pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi.

"Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan orang hilang ini diminta untuk menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di talian 06-4431999.

Artikel Berkaitan:

"Boleh juga menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mejar Hasmadi Haron (Timbalan Ketua Polis Balai Tampin) di talian 06- 4411222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!