Deepavali: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama meningkat malam ini

LLM memaklumkan trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah susulan peningkatan jumlah kenderaan. Foto hiasan
LLM memaklumkan trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah susulan peningkatan jumlah kenderaan. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala keluar dari ibu negara dilaporkan semakin meningkat setakat jam 8 malam ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan bersempena cuti perayaan Deepavali yang disambut esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah susulan peningkatan jumlah kenderaan.

Beliau berkata, trafik bertambah di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E2 dari Plaza Tol Sungai Besi menuju ke Seremban serta di PLUS E1 dari Sungai Buloh menuju ke utara.

"Trend peningkatan aliran trafik dijangka berterusan hingga tengah malam ini berikutan ramai yang sudah memulakan perjalanan keluar dari Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!