Tok Mat 'jemput' Kamala Harris balik kampung makan nasi goreng USA

Kamala Haris, Mohamad Hasan
Kamala Haris, Mohamad Hasan
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyindir kenyataan pengulas politik Amerika Syarikat (AS), Tucker Carlson yang mendakwa bahawa calon Presiden, Kamala Harris mempunyai asal-usul keturunan di Malaysia.

Mohamad dengan nada berseloroh turut mengucapkan terima kasih kepada Carlson atas dakwaan tersebut dan menjemput Harris supaya datang ke negara ini bagi mencuba masakan nasi goreng USA.

Mohamad turut berkongsi pautan artikel daripada pakar tingkah laku manusia, Rahim Said yang mengkritik berhubung isu berkenaan.

“Terima kasih kerana membawa perkara ini ke perhatian kami, Encik Carlson. Kami tidak tahu bahawa seorang calon dari Malaysia bertanding untuk jawatan Presiden AS.

"Jika Puan Kamala (Harris) menang, kami dengan sukacitanya menjemput beliau untuk #balikkampung dan mencuba #nasigorengUSA," katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Carlson semasa ucapan perhimpunan bagi bekas Presiden AS, Donald Trump pada Ahad membuat kenyataan bahawa Harris yang berketurunan campuran Jamaica dan India adalah Samoa-Malaysia.

Dakwaan itu mengundang respon lucu dan terkejut dari kalangan rakyat Malaysia yang tidak menyangka nama negara disebut dalam kempen pilihan raya AS.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!