Nistelrooy tekad ubah nasib Manchester United

Ruud van Nistelrooy. Foto Agensi
Ruud van Nistelrooy. Foto Agensi
A
A
A

BEKAS penyerang Manchester United, Ruud van Nistelrooy percaya The Red Devils mampu bangkit seperti ketika dia mula bersama kelab tersebut pada 2001 dari kelab Eredivisie Belanda, PSV Eindhoven.

Malah, bekas pemain Belanda berkenaan mengakui merupakan penghormatan apabila diberikan kepercayaan mengendalikan United sebagai pengendali sementara selepas pemecatan Erik ten Hag.

“Erik ten Hag membawa saya kembali ke Manchester United, walaupun saya baru menjadi sebahagian kakitangan kejurulatihan di sini selama beberapa bulan, saya sentiasa berterima kasih kepadanya kerana memberi saya peluang, dan akui sedih melihat dia pergi meninggalkan Old Trafford.

“Apabila saya kembali ke sini sebagai pembantu Erik, ia adalah kerana saya percaya bahawa Manchester United boleh naik semula ke tahap semasa saya di sini sebagai pemain. Saya masih mempunyai kepercayaan itu, tetapi akan mengambil masa dan kerja keras.

“Walaupun secara sementara, ia adalah satu penghormatan besar untuk menguruskan kelab yang saya cintai.

"Saya berjanji akan memberikan yang terbaik, dalam apa jua kapasiti untuk cuba mengubah nasib Manchester United,” katanya.

Ten Hag dipecat selepas prestasi tidak menentu The Red Devils yang kini menghuni tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris.

Van Nistelrooy yang berusia 48 tahun sebelum ini menyertai barisan kejurulatihan ten Hag sebagai pembantu pada Julai.

Artikel Berkaitan:

Dia dilantik sebagai pengendali sementara dengan tugasan pertama mengetuai Red Devils menentang Leicester City dalam aksi Piala Liga di Old Trafford awal pagi Khamis.

Pada ketika ini pengurusan United sedang berusaha mendapatkan khidmat pengendali kelab liga Portugal, Sporting Lisbon, Ruben Amorim apabila bersedia untuk membayar klausa pelepasan 10 juta euro (10 juta euro (RM47.2 juta).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!