Kematian banduan Penjara Sungai Buloh tiada unsur jenayah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SUNGAI BULOH - Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes melibatkan seorang banduan yang meninggal dunia di Penjara Sungai Buloh, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 10.43 malam.

"Banduan lelaki berumur 37 tahun berkenaan sebelum itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh kerana tidak sedarkan diri semasa berada di klinik penjara.

"Banduan berkenaan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas Hospital Sungai Buloh pada jam 10.25 malam," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, mayat banduan terbabit kemudian dibawa untuk proses bedah siasat.

"Hasil bedah siasat dijalankan kira-kira jam 6 petang pada Selasa mendapati tiada unsur-unsur jenayah yang menyebabkan kematian.

"Kes disiasat di bawah kematian mengejut (SDR)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, bagaimanapun pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah yang dilaporkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!