Gudang tayar, bateri di Sungai Buloh musnah terbakar

Sebuah gudang menyimpan tayar, bateri dan buggy di Taman Perindustrian KIP Sungai Buloh, Selangor musnah dalam kebakaran lewat tengah malam tadi.
Sebuah gudang menyimpan tayar, bateri dan buggy di Taman Perindustrian KIP Sungai Buloh, Selangor musnah dalam kebakaran lewat tengah malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah gudang menyimpan tayar, bateri dan buggy di Taman Perindustrian KIP Sungai Buloh, Selangor musnah dalam kebakaran lewat tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, bagaimanapun kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.54 tengah malam dan api berjaya dikawal pada 2.07 pagi tadi. Kejadian menyebabkan 85 peratus gudang itu musnah," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Operasi pemadaman melibatkan pasukan dari lapan balai bomba dan penyelamat, dibantu oleh 13 anggota bomba sukarela berhampiran, serta anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!