Lelaki dicekup, tidak sempat hantar 275kg beras seludup

Seorang lelaki tidak sempat menghantar 275 kilogram (kg) beras seludup selepas dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu dalam serbuan di pangkalan haram Kebun, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Rabu.
Seorang lelaki tidak sempat menghantar 275 kilogram (kg) beras seludup selepas dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu dalam serbuan di pangkalan haram Kebun, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Rabu.
A
A
A

TUMPAT - Seorang lelaki tidak sempat menghantar 275 kilogram (kg) beras seludup selepas dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu dalam serbuan di pangkalan haram Kebun, Pengkalan Kubor di sini pada Rabu.

Tangkapan dan rampasan itu dilakukan pada jam 6 petang selepas anggota PGA menahan sebuah kereta jenis Proton Satria dalam keadaan mencurigakan menerusi Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan menjumpai beberapa bungkusan beras dipercayai diseludup dari Thailand ditemukan di dalam kenderaan terbabit.

"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek gagal mengemukakan dokumen sah berkait dengan beras berkenaan.

"Suspek berusia 22 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup beras tersebut ke pasaran tempatan," katanya pada Khamis.

Menurut beliau, anggaran nilai rampasan beras dan kereta berjumlah RM10,100.

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.

Nik Ros Azhan memberitahu, suspek dan barang rampasan dibawa ke Kompeni taktikal (Komtak) PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara," katanya.


PGA tumpaskan kegiatan penyeludupan barangan runcit

PASIR MAS - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan barangan runcit di Kampung Tok Rusa, di sini pada Rabu.

Rampasan dilakukan pada jam 3.30 petang selepas anggota PGA yang melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan telah menjumpai kotak dan bungkusan di tepi Sungai Golok berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 20 kotak dan bungkusan pelbagai jenis produk makanan dipercayai diseludup dari Thailand.

"Anggaran nilai rampasan ialah RM4,400 dan kes disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983.

"Barang rampasan dibawa ke Komtak (Komponi Taktikal) PGA Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!