Arnold Schwarzenegger sokong Kamala Harris Presiden AS

Arnold Schwarzenegger sokong Kamala Harris untuk Presiden.
Arnold Schwarzenegger sokong Kamala Harris untuk Presiden.
A
A
A

CALIFORNIA - Bintang filem aksi dan bekas Gabenor California dari parti Republikan, Arnold Schwarzenegger, mengumumkan sokongannya kepada calon Demokrat, Kamala Harris, untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS).

Schwarzenegger menegaskan bahawa beliau “sentiasa akan menjadi rakyat AS sebelum menjadi Republikan".

Bintang filem 'Terminator' itu menyatakan rasa kecewa terhadap segelintir Republikan yang enggan menerima kekalahan Donald Trump dalam Pilihan Raya 2020.

Beliau juga mengkritik calon Republikan yang menyifatkan AS sebagai “tong sampah dunia".

Beliau turut menyatakan bahawa kedua-dua parti gagal menangani defisit belanjawan AS.

Selain itu, beliau juga menyalahkan beberapa dasar Demokrat yang menyumbang kepada peningkatan jenayah.

Schwarzenegger meluahkan keinginan untuk "berhenti mengikuti" perkembangan politik, namun beliau merasakan tanggungjawab untuk terus ambil peduli kerana baginya, “menolak keputusan pilihan raya adalah tindakan tidak patriotik”.

Beliau menambah, menyifatkan AS sebagai "tong sampah dunia" adalah amat tidak patriotik dan sangat menjengkelkan baginya.

Artikel Berkaitan:

Schwarzenegger berkata, bahawa kerana prinsip ini, beliau memilih Kamala Harris dan Tim Walz dalam pilihan raya.

Trump sebelum ini mengeluarkan kenyataan "tong sampah" dalam kritikannya terhadap pengurusan sempadan AS-Mexico oleh pentadbiran Biden dan Harris, dengan mendakwa penguatkuasaan yang longgar membenarkan negara lain “membuang orang yang mereka tidak mahu” ke AS. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!