United kembali 'mengganas'
RUUD van Nistelrooy menikmati permulaan cemerlang sebagai pengurus sementara Manchester United selepas pasukan itu menewaskan Leicester City 5-2 untuk mara ke suku akhir Piala Liga pada Khamis.
Van Nistelrooy yang juga legenda United telah diberi tugas sebagai pengurus sementara selepas Red Devils memecat Erik ten Hag pada Isnin berikutan permulaan musim yang mengecewakan.
Pengendali Sporting Lisbon, Ruben Amorim adalah individu yang menjadi sasaran gergasi Inggeris itu untuk mengambil alih pasukan tetapi masih dalam rundingan dengan juara Portugal itu bersetuju menerima pampasan untuk pengendali berusia 39 tahun itu.
Menurut laporan di Portugal, Amorim akan kekal di Sporting untuk tiga perlawanan seterusnya sebelum melengkapkan perpindahannya semasa rehat antarabangsa November.
Dalam perlawanan itu, Casemiro membuka tirai jaringan pada minit ke-15 sebelum Alejandro Garnacho menyempurnakan hantaran lintang Diogo Dalot untuk gol kedua pasukan pada minit ke-28.
Bilal El Khannouss merapatkan kedudukan untuk Foxes, namun sepakan percuma sepakan percuma Bruno Fernandes yang melencong memulihkan kelebihan dua gol Untied sebelum Casemiro sekali lagi menemui gawang pada minit ke-39.
Conor Coady meraih satu lagi gol saguhati untuk Leicester, namun United sukar dihalang untuk meraih kemenangan kedua dalam sembilan perlawanan terakhir.
Fernandes melengkapkan malam gemilang United apabila dia menerpa hantaran pendek untuk gol kelima pasukan pada minit ke-59.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!