Manchester City hadapi masalah besar

Pemain City, Jacob Wright diasak oleh pemain Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur dalam aksi Piala Liga pada Khamis. FOTO: AFP
Pemain City, Jacob Wright diasak oleh pemain Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur dalam aksi Piala Liga pada Khamis. FOTO: AFP
A
A
A

PEP Guardiola mendakwa Manchester City menghadapi masalah selepas pasukan itu dilanda krisis kecederaan ketika tewas 1-2 kepada Tottenham Hotspur dalam Piala Liga.

Ia sekali gus menyaksikan mereka hanya mempunyai 13 pemain utama selepas kehilangan Kyle Walker, Rodri, Oscar Bobb, Jeremy Doku, Kevin De Bruyne dan Jack Grealish untuk perlawanan pusingan keempat itu.

Manuel Akanji pula terpaksa dikeluarkan daripada kesebelasan utama sebelum sepak mula manakala Savinho pula mengalami kecederaan pada separuh masa kedua.

“Kami mempunyai hanya 13 pemain utama yang boleh bermain, jadi kami berada dalam kesukaran.

"Kami akan lihat bagaimana pemain ini dapat pulih dan menyelesaikan masalah kecederaan ini.

“Dalam tempoh sembilan tahun, perkara sebegini tidak pernah berlaku. Memang agak sukar namun pemain akan berjuang untuk memastikan pasukan tidak terkesan dengan masalah sebegini," kata Guardiola.

Dalam perlawanan itu, Timo Werner membuka tirai jaringan pada minit kelima sebelum Pape Sarr menggandakan kedudukan pada minit ke-25.

Matheus Nunes merapatkan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama, namun tiada jaringan terhasil dalam tempoh 45 minit seterusnya.

Selepas ini, City akan berdepan Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris diikuti perlawanan Liga Juara-Juara menentang Sporting Lisbon.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!