Tiada lesen memandu rekod kesalahan tertinggi

Razali (tengah) bersama Syed Ahmad menyantuni pengguna di Plaza Tol Gambang pada Rabu.
Foto ihsan JPJ Pahang
Razali (tengah) bersama Syed Ahmad menyantuni pengguna di Plaza Tol Gambang pada Rabu. Foto ihsan JPJ Pahang
A
A
A

KUANTAN - Tiada lesen memandu merupakan kesalahan tertinggi direkodkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang bagi tempoh 1 Januari hingga 28 Oktober tahun ini.

Sebanyak 33,171 kesalahan tersebut berjaya dikesan dalam tempoh terbabit.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim berkata, kesalahan kedua tertinggi dicatatkan iaitu aspek teknikal sebanyak 28,883 diikuti Lesen Kenderaan Motor (22,001).

"Dalam tempoh ini juga, sebanyak 325,326 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 23 peratus iaitu 74,699 kenderaan telah diambil tindakan.

"Jumlah keseluruhan notis saman JPJ pula dicatatkan sebanyak 126,912 notis," katanya ketika ditemui sempena Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Cuti Deepavali Tahun 2024 di Plaza Tol Gambang di sini pada Rabu.

Hadir sama Pengarah JPJ Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman menyantuni pengguna di plaza tol berkenaan.

Beliau berkata, sebanyak 1,901 keseluruhan kenderaan disita di negeri ini iaitu iaitu 750 motosikal, 175 kereta, 67 lori diikuti enam bas dan 83 lain-lain kenderaan sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, kes berkaitan muatan mencatatkan sebanyak 9,416 kes dan kes melibatkan saringan urin pemandu kenderaan barangan, persendirian dan lain-lain kenderaan direkodkan sebanyak 449.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Syed Ahmad memberitahu, program itu sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.

Razali ketika bertanyakan sesuatu kepada pengguna di plaza Tol berkenaan.
Foto ihsan JPJ Pahang
Razali ketika bertanyakan sesuatu kepada pengguna di plaza Tol berkenaan. Foto ihsan JPJ Pahang

"Ia juga memupuk pembudayaan keselamatan jalan raya yang lebih selamat kepada semua pengguna khususnya di musim perayaan.

"Kita menyeru pengguna jalan raya dan orang awam untuk bersama-sama mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.

"Pengguna disarankan melaporkan aduan secara terus dengan menggunakan aplikasi MyJPJ, e-aduan@jpj atau emel aduantrafik@jpj.gov.my berserta dengan butiran lengkap aduan," ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!