Suria KLCC meriahkan Deepavali dengan Kempen Warna-Warni

Francis (tengah) ketika pelancaran kempen Warna Warni Deepavali yang berlangsung sehingga 3 November ini.
Francis (tengah) ketika pelancaran kempen Warna Warni Deepavali yang berlangsung sehingga 3 November ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Suria KLCC menampilkan kemeriahan sambutan Deepavali dengan menggabungkan tradisi, budaya, dan penglibatan komuniti menerusi kempen Warna Warni Deepavali yang berlangsung sehingga 3 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, pengunjung akan dibawa ke dalam suasana penuh warna dan dekorasi yang indah.

Menurutnya, dekorasi menakjubkan di Centre Court menjadi pembuka kepada tarikan utama iaitu kolam interaktif, payung mehndi yang berputar, beca yang dihias serta penampilan replika gajah yang gah dan menakjubkan.

“Kesan pencahayaan yang diaktifkan oleh pergerakan pengunjung menambah keterujaan perayaan ini. Untuk menambah kemeriahan sambutan, persembahan tarian tradisional India diadakan di Centre Court pada 28 dan 31 Oktober, serta 2 dan 3 November.

“Persembahan ini akan menonjolkan keindahan dan kepelbagaian budaya India, sekali gus memeriahkan suasana perayaan untuk semua pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan.

Persembahan tarian tradisional India diadakan di Centre Court Suria KLCC pada 28 dan 31 Oktober, serta 2 dan 3 November.
Persembahan tarian tradisional India diadakan di Centre Court Suria KLCC pada 28 dan 31 Oktober, serta 2 dan 3 November.

Tambah beliau, dalam semangat Deepavali, Suria KLCC juga menghargai pelanggannya melalui ‘Shoppers Reward Programme’.

"Di Suria KLCC, kami berusaha untuk menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman membeli-belah perayaan. Melalui kempen Warna Warni

Artikel Berkaitan:

Deepavali, kami berharap dapat mencipta suasana yang menarik di mana orang ramai boleh berkumpul, merasai kekayaan perayaan ini dan menghargai tradisi serta nilainya,” katanya.

Kemeriahan sama akan turut dirasai di Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall di Kemaman, Terengganu hingga 3 November ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!