Zoo Taiping umum kelahiran anak badak air, 16 ekor kura-kura Sulcata

ZTNS mengumumkan kelahiran 16 ekor anak kura-kura Sulcata menerusi kejayaan pembiakan yang pertama bagi spesies tersebut di zoo berkenaan. Foto Facebook Zoo Taiping & Night Safari.
ZTNS mengumumkan kelahiran 16 ekor anak kura-kura Sulcata menerusi kejayaan pembiakan yang pertama bagi spesies tersebut di zoo berkenaan. Foto Facebook Zoo Taiping & Night Safari.
A
A
A

TAIPING - Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) mengumumkan kehadiran seekor anak badak air yang dilahirkan pada 5 Jun lalu.

Menerusi perkongsian di Facebook mereka memaklumkan ibu kepada anak badak air yang diberi nama, Lek, berusia 32 tahun berasal dari Zoo Bangkok manakala bapanya, April, berusia 22 tahun dan dilahirkan di ZTNS.

ZTNS kini mempunyai empat ekor badak air termasuk seekor yang baru dilahirkan pada 5 Jun lalu. Foto Facebook Zoo Taiping & Night Safari.
ZTNS kini mempunyai empat ekor badak air termasuk seekor yang baru dilahirkan pada 5 Jun lalu. Foto Facebook Zoo Taiping & Night Safari.

"Sebelum ini, Lek pernah melahirkan seekor badak air pada tahun 2016 yang diberi nama Atan.

"Dengan kelahiran baharu ini, ZTNS kini mempunyai empat ekor badak air," jelas kenyataan itu pada Khamis.

Sementara itu, ZTNS turut menyambut kelahiran 16 ekor anak Kura-kura Sulcata (Geochelone sulcata) dalam satu kejayaan pembiakan yang pertama bagi spesies tersebut di zoo berkenaan.

Menurutnya, kesemua anak kura-kura tersebut kini menjalani tempoh kuarantin dan pemantauan rapi bagi memastikan kesihatan dan perkembangan yang baik sebelum dipertontonkan kepada pengunjung.

Jelasnya, orang ramai yang berminat untuk melihat spesies-spesies tersebut dengan lebih dekat boleh berkunjung ke ZTNS.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!