Kerajaan tidak pernah bincang tentang pengenalan cukai langganan ChatGPT - Fahmi

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, sebarang cadangan untuk memperkenalkan cukai baharu perlu dibawa ke Parlimen dan tidak hanya dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri.

"Setakat ini, kita tidak membincang perkara ini, sama ada di Jemaah Menteri atau dalam kalangan menteri-menteri lain. Tiada perbincangan mengenai cadangan untuk mengenakan cukai (ChatGPT).

"Kita juga tak dengar perkara itu dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi bagi saya, perkara itu tidak boleh dilayan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2024 di sini pada Khamis.

Majlis sambutan yang dianjurkan Kementerian Digital itu, dihadiri Anwar, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri kabinet dan timbalan menteri. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!