55 rumah setinggan musnah dalam kebakaran

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 55 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih Putatan dekat sini hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, keluasan keseluruhan kawasan rumah setinggan terbakar itu adalah kira-kira empat hektar.

Laporan kebakaran diterima pada 12.53 tengah hari dan api sukar dikawal disebabkan tekanan air pili bomba rendah serta rumah yang dibina terlalu rapat, kata kenyataan itu.

Operasi terkawal pada 3.14 petang dan api dipadam sepenuhnya pada 4.32 petang.

Seramai 40 pegawai dan anggota bomba dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Jalan Lintas dan Penampang terlibat dalam operasi memadamkan api menggunakan enam jentera dan sebuah kenderaan EMRS. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!