Trump bawa lori sampah ketika berkempen
WASHINGTON - Donald Trump sekali lagi membuat 'stunt kempen' luar biasa pada Rabu apabila beliau hadir sambil memandu trak sampah gara-gara Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melabel penyokongnya di Puerto Rico sebagai 'sampah'.
Kenyataan dikatakan berunsur retorik kebencian Biden turut mengundang kritikan Parti Republikan hingga memaksa Rumah Putih mengeluarkan transkrip untuk memperjelaskan salah faham tersebut.
"Adakah anda suka dengan lori saya saya? Trak ini adalah untuk memberi penghormatan kepada Kamala Harris dan Biden," katanya.
Menerusi ucapan berdurasi selama 90 minit di Green Bay, Trump turut mengambil peluang untuk 'play victim' bagi meningkatkan sokongan terhadap Republikan.
"Anda tidak boleh jadi Presiden jika anda benci rakyat sendiri. Saya perlu tegaskan 250 juta rakyat Amerika bukan sampah," katanya merujuk kepada angka mereka yang mengundi Biden pada 2020.
Perang retorik makin sengit pada minggu akhir menjelang Pilihan Raya Presiden AS pada Selasa depan malah Harris kini berdepan tekanan baharu kerana kecaman yang diterima Demokrat. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!