Kes buli masih tiada kesudahan

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

ISU buli dalam kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagaikan tiada kesudahan apabila kejadian mengenainya kerap kali dilaporkan.

Adakah hukuman yang dikenakan kepada pelaku tidak setimpal atau menggerunkan sehingga menyebabkan insiden tersebut masih berlaku?

Terbaharu, seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK-UPNM) Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan dera penuntut lain.

Mangsa mengambil jurusan kejuruteraan itu didakwa dibuli pelajar senior dan kes terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih bertugas, yang menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Insiden tersebut hampir sama dengan kes buli yang berlaku tujuh tahun lalu mengakibatkan mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain meninggal dunia dengan kesan cedera parah, lebam dan melecur di seluruh badan.

Bapa Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 60, berpandangan bahawa setiap laporan siasatan berkaitan kejadian buli itu wajar didedahkan kepada pengetahuan umum supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain.

Beliau yang kecewa insiden itu berulang mencadangkan kerajaan menggubal akta berkaitan antibuli bagi mendepani peningkatan kes tersebut membabitkan fizikal, mental dan seksual.

Katanya, pihak universiti juga perlu memandang serius kejadian terbabit kerana ia kali kedua berlaku meskipun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, timbul persoalan siasatan yang dilaksanakan IPTA terbabit hanya dilakukan secara dalaman.

Budaya samseng itu dibimbangi tiada jalan penyelesaian jika ia asyik 'disenyapkan' pihak terbabit bagi menyelamatkan reputasi masing-masing.

Justeru, pihak berwajib digesa menjalankan tindakan segera bagi menyelamatkan mangsa buli fizikal yang takut untuk tampil ke depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!