Gerrard digesa letak jawatan

Steven Gerrard
Steven Gerrard
A
A
A

PEMINAT dan pemerhati bola sepak menyeru Steven Gerrard meletakkan jawatan sebagai pengendali Al-Ettifaq selepas pasukan tersebut mengalami penyingkiran mengejut daripada Piala Raja Saudi di tangan pasukan divisyen dua.

Bekas pemain tengah Liverpool itu membimbing pasukan itu sejak Julai tahun lalu dengan gaji £15.2 juta (RM85.73 juta) setahun di Al-Ettifaq dan membawa kelab itu ke kedudukan keenam dalam Liga Pro Saudi musim lalu.

Namun, musim ini mereka berada di kedudukan ke-10 setelah gagal mencatatkan kemenangan liga sejak 14 September.

Kemerosotan pasukan itu berterusan selepas diaibkan pasukan liga bawahan Al-Jabalain 1-3 sekali gus tersingkir daripada saingan Piala Raja Saudi.

Gerrard memutuskan untuk meletakkan bekas penyerang Celtic dan Lyon, Moussa Dembele di bangku simpanan dan tindakannya itu memberikan keputusan buruk.

Taktikalnya telah membuatkan peminat bingung dan sesetengah pihak bimbang dia boleh mengheret Al-Ettifaq kepada persembahan lebih buruk jika kekal sebagai pengendali pasukan.

Pemerhati bola sepak Arab Saudi, Nasser Al-Jedaie telah mengkritik hebat pengurusan Gerrard.

"Gerrard berkhidmat dengan Al-Ettifaq tetapi tiada hasil yang boleh dilihat. Apakah projek yang sedang dirancang oleh Gerrard," katanya.

Artikel Berkaitan:

Gerrard telah mengendalikan 46 perlawanan di Al-Ettifaq dan mencatatkan 17 kemenangan, 15 kalah dan 14 seri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!