Deepavali: Kemalangan maut meningkat kepada 39 kes

Sebanyak 3,268 kemalangan jalan raya dan 39 kematian di seluruh negara direkodkan sepanjang dua hari bermula Rabu, pada tempoh sambutan perayaan Deepavali. (Gambar kecil: Mohd Yusri) Gambar hiasan
Sebanyak 3,268 kemalangan jalan raya dan 39 kematian di seluruh negara direkodkan sepanjang dua hari bermula Rabu, pada tempoh sambutan perayaan Deepavali. (Gambar kecil: Mohd Yusri) Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,268 kemalangan jalan raya dan 39 kematian di seluruh negara direkodkan sepanjang dua hari bermula Rabu, pada tempoh sambutan perayaan Deepavali.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, statistik itu turut merekodkan 38 kemalangan maut.

Katanya, mengikut pecahan, sebanyak 1,882 kes kemalangan, 15 kemalangan maut dan 16 kematian direkodkan pada Rabu, manakala 1,386 kes, 23 kemalangan maut dan 23 kematian dicatatkan pada Khamis.

JSPT melaksanakan pemantauan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas khususnya semasa musim perayaan.
JSPT melaksanakan pemantauan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas khususnya semasa musim perayaan.

"Pecahan jumlah kematian bagi tempoh dua hari itu melibatkan motosikal sebanyak 32 orang, kereta (4 orang), lori (1 orang), basikal (1 orang) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) (1 orang)," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, secara rumusannya dalam tempoh dua hari itu, kemalangan harian menurun sebanyak 496 kes, namun berlaku peningkatan kemalangan maut iaitu 23 kes.

Katanya, jumlah kematian juga meningkat sebanyak tujuh orang.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, JSPT menyarankan kepada semua pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan berada di tahap yang terbaik serta mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan denguan bertimbang rasa dan bertolak ansur dengan pengguna kenderaan lain.

JSPT melaksanakan pemantauan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas khususnya semasa musim perayaan.
JSPT melaksanakan pemantauan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas khususnya semasa musim perayaan.

"JSPT menyeru semua pengguna jalan raya merancang pergerakan terutama perjalanan yang jauh.

"Peka dengan persekitaran sekeliling dan maklumat semasa disampaikan daripada pihak agensi kerajaan juga pihak konsesi lebuh raya," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!