Kejayaan JDT bukan satu kebetulan

Kejayaan JDT bukan satu kebetulan sebaliknya hasil kepimpinan dan konsistensi pasukan. FOTO: JDT
Kejayaan JDT bukan satu kebetulan sebaliknya hasil kepimpinan dan konsistensi pasukan. FOTO: JDT
A
A
A

PENCAPAIAN gemilang Johor Darul Ta'zim (JDT) yang telah menerajui kesemua saingan liga di negara ini bukan hanya satu kebetulan.

Memetik kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, faktor kepimpinan organisasi tersebut yang diterajui Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merupakan kunci kejayaan jenama pasukan itu.

"Ini bukan kebetulan. Kepimpinan dan konsistensi menjadi kunci kejayaan jenama JDT apabila kesemua pasukan bola sepak bermula dari Liga Super, Piala MFL, Piala Presiden dan Piala Belia serta futsal menduduki tangga teratas di peringkat domestik.

"JDT juga kompetitif di Asia dengan kini menghuni tangga kelima Zon Timur, Liga Juara-Juara AFC Elite 2024-25," kata kenyataan itu.

Pasukan utama JDT yang juga juara 10 kali Liga Super kini terlalu selesa di puncak liga dengan 34 mata selain masih belum merekodkan sebarang kekalahan manakala JDT II pula menerajui saingan Piala MFL dengan 27 mata dibezakan tiga mata dengan pasukan di kedudukan kedua, Selangor FC.

JDT III pula di kedudukan teratas Piala Presiden diikuti JDT IV dalam Piala Belia juga dengan rekod tanpa kalah.

Malah, JDT juga cukup tajam di depan gawang gol apabila tiga pemain kelab itu mendahului carta penjaring gol iaitu Bergson da Silva yang mendahului carta Liga Super dengan 16 gol, Gabriel Nistelrooy mendahului Piala MFL dengan 12 gol manakala Abdul Raziq Abd Rahman pula 13 gol untuk Piala Presiden.

Selain itu, pasukan futsal JDT juga gah di takhta liga MPFL dan turut cemerlang dalam sukan permotoran Asia Road Racing Championship.

Artikel Berkaitan:

"Dalam sukan permotoran pula, JDT Racing Team menduduki tangga kelima kategori pengeluar manakala pelumba tunggalnya, Hafizh Syahrin Abdullah di tempat ketiga keseluruhan," kata kenyataan itu lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!