Muhyiddin terima kunjungan rakan sejawat
KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatannya dari Maldives Sheikh Imran Abdulla di kediaman beliau, di sini.
Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan hari ini berkata, pertemuan selama satu jam itu antara lain membincangkan soal kerjasama dua hala dalam hal berkaitan keselamatan, imigresen dan kepenjaraan.
Antara kerjasama terdahulu antara kedua negara adalah dalam bidang kepenjaraan, di mana Program HRD (Human Resource Development) di Penjara Maldives telah dibangunkan berdasarkan model rehabilitasi Jabatan Penjara Malaysia.
Turut dibincangkan adalah kerjasama politik di mana Muhyiddin adalah merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, manakala Sheikh Imran Abdulla adalah Presiden Adhaalath Party, Maldives. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!