Nota ugutan ditemui di rumah terbakar

Sebuah rumah di Taman Delima terbakar pada awal pagi Khamis. (Kanan: Nota yang ditemui di rumah yang terbakar.)
Sebuah rumah di Taman Delima terbakar pada awal pagi Khamis. (Kanan: Nota yang ditemui di rumah yang terbakar.)
A
A
A

KLUANG - Polis mengesahkan berlaku kebakaran di sebuah rumah di Taman Delima di sini, pada awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, pihaknya menerima makluman mengenai kebakaran berkenaan sekitar jam 4.15 pagi.

"Setelah tiba ke lokasi, polis mendapati sebuah rumah telah terbakar dan terdapat nota ugutan yang ditinggalkan.

"Bagaimanapun hasil siasatan mendapati rumah itu tidak berpenghuni sejak seminggu," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta yang sama.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua – duanya.

"Selain itu, bagi Seksyen 506 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!