[VIDEO] Aiskrim Malaysia ubah kehidupan ibu tunggal

Anak menjadi pembakar semangat kepada Rosmawati selepas suaminya maut dalam kemalangan ketika mengandungkan Nur Syamimi tiga tahun lalu.
Anak menjadi pembakar semangat kepada Rosmawati selepas suaminya maut dalam kemalangan ketika mengandungkan Nur Syamimi tiga tahun lalu.
A
A
A

PASIR MAS - Siapa sangka aiskrim Malaysia yang diusahakan secara kecil-kecilan oleh seorang ibu tunggal, Rosmawati Hassan mampu menjana pendapatan sampingan untuk membesarkan tiga anak selepas suaminya maut dalam kemalangan jalan raya tiga tahun lalu.

Rosmawati, 39, berkata, kemalangan jalan raya itu benar-benar mengubah kehidupannya sekeluarga apabila dia hilang tempat bergantung.

"Saya terkesan dengan pemergian suami (Zulkhairi Badiauzaman) kerana arwah mencari rezeki untuk kami sekeluarga manakala anak-anak masih kecil dan bersekolah.

"Saya pula tidak pernah bekerja dan sukar untuk mencari pekerjaan kerana anak bongsu, Nur Syamimi baru berusia tiga tahun," katanya.

Bagaimanapun katanya, situasi itu menjadikannya terfikir untuk berniaga aiskrim Malaysia secara kecil-kecilan apabila salah seorang anak saudara menyumbang peti sejuk beku.

Menurutnya, dia terkejut apabila aiskrim yang diusahakannya itu mendapat permintaan tinggi masyarakat setempat.

Katanya, dalam seminggu dia mampu menghasilkan 1,050 batang aiskrim perisa coki-coki, jagung, asam boi, pandan, bubur kacang hijau, milo, bandung dan pelbagai lagi pada harga 50 sen sebatang.

Artikel Berkaitan:

Rosmawati menunjukkan aiskrim Malaysia yang diusahakannya.
Rosmawati menunjukkan aiskrim Malaysia yang diusahakannya.

"Alhamdulillah, hasil jualan itu dapatlah saya gunakan untuk membesarkan anak-anak selain mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200.

"Aiskrim yang saya hasilkan itu dijual di kedai runcit berhampiran rumah. Saya juga menjual aiskrim di hadapan sekolah sambil menunggu anak-anak pulang," katanya.

Rosmawati mengakui dia malu dan takut pada peringkat awal mahu memulakan perniagaan itu tetapi menguatkan semangat selepas memikirkan masa depan anak-anaknya yang berusia tiga hingga sepuluh tahun itu

selain nekad mengubah nasib keluarga.

"Sebagai ibu tunggal kita jangan mudah putus asa. Berusahalah selagi boleh demi anak-anak

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban ibu tunggal ini boleh menyalurkan sumbangan di akaun Maybank 151212 96 7481.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!