Tentera Israel makin ramai tewas di medan tempur
TEL AVIV - Kegilaan rejim Zionis untuk melancarkan perang yang panjang akhirnya membawa padah setelah data rasmi menunjukkan peningkatan mendadak jumlah askar mereka yang terbunuh di Genting Gaza dan selatan Lubnan.
Rejim Tel Aviv merekodkan kematian tertinggi pada bulan lalu dengan 62 anggota tentera maut selepas kali terakhir berdepan situasi sama pada Disember 2023 yang menyaksikan 110 askar terbunuh.
Angka itu diperoleh daripada data rasmi dikeluarkan laman web Kementerian Hal Ehwal Luar yang merekodkan 780 kematian anggota tentera Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sejak lebih 12 bulan lalu.
“Ia termasuk seramai 365 askar yang tewas di medan tempur di Gaza, Lubnan dan Tebing Barat. Kebanyakan anggota hanya dikenali dengan nama, pangkat dan unit mereka. Butiran lanjut tentang punca kematian mereka tidak dinyatakan,” menurut laporan Press TV.
Selain itu, data baharu dikeluarkan jabatan pemulihan tentera juga menunjukkan pertambahan angka anggota cedera setelah hampir 1,000 mengalami kecederaan di Beirut.
Difahamkan, maklumat sebenar tentang angka kematian askar Israel ditapis pemerintah dan jumlah keseluruhan dipercayai jauh lebih tinggi berbanding yang dihebahkan kepada umum.
Ketika ini Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu cuba menunjukkan kepada dunia tentang pencapaian mereka di medan perang sedangkan keupayaan pasukan tentera mereka semakin lemah. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Tragedi rempuhan sempena agihan makanan pra-Krismas ragut 67 nyawa di Nigeria
23 Disember 2024 12:17amPejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
22 Disember 2024 09:53pm5 rakyat Palestin termasuk 4 kanak-kanak terbunuh serangan udara Israel di Jabalia
22 Disember 2024 07:39pmLima cedera selepas pemandu rempuh pusat beli-belah di Texas
22 Disember 2024 06:35pm18 polis Indonesia ditahan lakukan pemerasan terhadap rakyat Malaysia
22 Disember 2024 07:30amPencarian MH370 mungkin berhasil
22 Disember 2024 07:00amJojo mahu tuntut bela kekalahan abang di tangan Estupinan
22 Disember 2024 07:40amTerpaksa jual kambing serendah RM400 seekor untuk beli perabot
22 Disember 2024 08:10amPas pertikai tindakan PM mahu adakan PRU lebih awal
22 Disember 2024 01:14pm