Israel lancar 'perang terbuka' terhadap PBB - Duta Palestin

Bendera PBB dikibar separuh tiang untuk menghormati pekerja PBB yang terkorban dalam konflik Israel-Hamas yang berterusan di Gaza. - Foto EPA
Bendera PBB dikibar separuh tiang untuk menghormati pekerja PBB yang terkorban dalam konflik Israel-Hamas yang berterusan di Gaza. - Foto EPA
A
A
A

TEHRAN - Timbalan Pemerhati Tetap Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan Israel telah melancarkan 'perang terbuka ke atas PBB', menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Duta Palestin, Feda Abdelhady membuat pengumuman itu pada Jawatankuasa PBB mengenai Pelaksanaan Hak Asasi Rakyat Palestin, semasa sesi taklimat mengenai tanggungjawab undang-undang antarabangsa untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai, menuntut pelaku jenayah perang dipertanggungjawabkan dan menamatkan pendudukan haram di Palestin, pada Khamis, menurut laman sesawang PBB.

Walaupun Israel mendakwa mereka diserang oleh PBB, rejim melancarkan perang terbuka bukan sahaja terhadap Agensi Bantuan dan Kerja PBB tetapi juga terhadap Setiausaha Agung PBB, Majlis Hak Asasi Manusia, Mahkamah Keadilan Antarabangsa The Hague, dan semua negara yang berani menyuarakan penindasan, kata Abdelhady.

"Hari-hari ini tidak pernah lebih kelam, tetapi prospek keadilan tidak pernah lebih besar,” katanya dalam mesyuarat jawatankuasa PBB itu.

Beliau turut menegaskan keperluan mendesak untuk memaksa penjenayah menghentikan perang dan menamatkan pendudukan haram.

Beliau menambah, "jangan normalisasikan pembunuhan beramai-ramai, jangan tidak peduli.”

Sejak Oktober 2023, lebih daripada 43,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh di Gaza, manakala kira-kira 70 peratus unit perumahan dan infrastruktur musnah.

Perang di Gaza tidak membawa apa-apa selain kebuluran dan kelaparan yang belum pernah terjadi sebelum ini yang mengancam nyawa penduduk di sana. - Bernama-IRNA

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!