Program latihan STDC tingkat tenaga pakar bidang AI, semikonduktor

Ng Sze Han
Ng Sze Han
A
A
A

PUCHONG - Program dan latihan yang digabungkan di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) serta industri dijangka mampu melahirkan tenaga pakar dalam bidang semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI).

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, perkembangan bidang itu bergerak perlahan dalam negara disebabkan kekurangan 'talent development'.

"Kita perlu ada lebih ramai pakar dalam bidang semi konduktor dan bidang AI.

"Jadi melalui program atau latihan yang telah digabungkan di bawah STDC dan juga Malaysia Semi Konduktor Advance melalui penubuhan institusi di bawah kerajaan Selangor diharap dapat memperbanyak tenaga pakar bidang itu," katanya ketika sidang akhbar pemulihan tanah runtuhan di Taman Wawasan pada Jumaat.

Katanya, menerusi Belanjawan Selangor yang bakal dibentangkan pada 15 November ini, beliau berharap kerajaan negeri boleh menyalurkan peruntukan secukupnya bagi melancarkan program latihan kursus dan kepakaran dalam bidang tersebut.

Pada masa sama, beliau berharap portfolionya masih mendapat peruntukan mencukupi untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) dan Pameran Udara Selangor (SAS).

"Kedua-dua program ini merupakan penganjuran penting untuk mempromosikan negeri Selangor sebagai hab pelaburan utama di rantau ini.

"Kita turut mengharapkan boleh mendapat sedikit peruntukan untuk mengembangkan atau mempromosikan industri semikonduktor dan juga AI kerana ia merupakan trend terkini dan juga merupakan satu sektor akan diberi fokus di Selangor," katanya.

Artikel Berkaitan:

Berkenaan peruntukan, beliau menyerahkan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk membuat keputusan yang terbaik semua portfolio Exco.

Ujarnya, semua portfolio dan jabatan telah mengemukakan permintaan peruntukan dan penelitian menyeluruh dilakukan berharap menyediakan satu bajet yang terbaik untuk rakyat di

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!