Duma Boko diisytiharkan Presiden ke-6 Botswana
GABORONE - Duma Boko, calon presiden daripada parti Payung Perubahan Demokratik (UDC), diisytiharkan sebagai presiden keenam Botswana pada Jumaat, lapor Xinhua.
Ketua Hakim Botswana, Terence Rannowane membuat pengumuman itu dalam siaran televisyen nasional di Gaborone, ibu kota Botswana.
Menurut undang-undang pilihan raya negara Afrika selatan itu, pengundian itu akan menentukan 61 ahli Parlimen dan 609 ahli majlis tempatan, dengan parti yang menguasai sekurang-kurangnya 31 kerusi parlimen akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Walaupun pengiraan masih belum dimuktamadkan, UDC memperoleh 34 kerusi parlimen, manakala parti pemerintah, Parti Demokratik Botswana, mendapat empat kerusi.
Penyandang Presiden Mokgweetsi Masisi pada pagi Jumaat mengakui kekalahan pada pilihan raya selepas pengiraan awal menunjukkan Parti Demokratik Botswana kehilangan kuasanya, pada sidang akhbar di Gaborone.
"Rakyat Botswana, saya berdiri di hadapan anda pagi ini dengan rendah hati tetapi bangga. Pada penghujung penggal pertama saya sebagai presiden, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pembangkang atas kemenangan mereka dan mengakui kekalahan. Saya akan mengundurkan diri dengan hormat," kata Masisi. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!